Followers

Thursday, March 27, 2014

Petua elak loya mabuk semasa mengandung.


Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3. Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Petua yang ini dititipkan oleh sahabat di SiM. Sediakan biskut kering (plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh mengurangkan mabuk atau loya. 

Petua tradisional juga boleh diguna pakai:

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... petua ini daripada adik saya sendiri, isterinya langsung tidak mengalami mabuk mengandung!

Hai baby bump....


Mummy dah rasa baby gerak sekali sekala.
First check up nampak denyutan jantung baby masa 6 minggu.
Hujung bulan ni cukup 2 bulan dah.



Lepas ni tak sabar nak rasa baby mengeras, mengeliat,, berpusing & baby isap jari..

Baby tahun ni mummy busy study kursus dalam bidang kecantikan.
Jangan manja-manja sangat ya..
Mummy nak habiskan belajar sampai exam nanti.
Bagi mummy peluang ye sayang....
Mummy redha tahun nie baby nak join dalam family mummy & daddy..
Mummy xkisah xdapat selim raya nie.
Tahun ni kita raya dengan nenek dan embah 7 bulan already.
Nanti nak makan apa bagitau tapi xmo majuk-majuk ye sian mummy nanti..

Jaga diri ya dalam 2 elok-elok nanti mummy nak cubet pipi dia!!
Jumpa by Oktober sayang dalam operation room......
Mummy nak request hospital yang boleh bawa daddy masuk sekali...
Temankan mummy... ;)