Followers

Saturday, March 14, 2015

Manusia Elpa. Aku.


Elpa bukan sesiapa.
Ya Allah aku elpa kadang kala.
Aku mahu mengeluh letih, penat, lesu tapi aku tahu jika aku selalu leka aku akan kalah.

Aku tahu aku kuat,
Dan masih belajar memiliki hati yang lebih nurani dan baik sampai mati.
Setiap aku lakukanku niatkan keranaMu dan aku akur untuk berjuang kejalanMu.


Aku manusia biasa.

Thursday, March 12, 2015

Tulisan Aku: Aku sendiri. Hamba berdikari. Sepi.


Berdiri atas kaki sendiri.
Biar tak tinggi, asal berdikari.
Berhenti harapkan manusia punya simpati, sebab kita hidup, bawah langit Illahi...

******

Sejenak aku mencari ketelusan dalam kehidupan....

Dot.
Dot.
Dot.

Bunyi seperti rintik hujan.
Bukan.
Cuma tanda berhenti.

Dimana aku masih belum kukuh berdiri sendiri tetapi terpaksa melakukannya sendiri.
Tanpa galakkan dan sokongan yang aku perlukan.
Sendiri dan berdikari.

Berbalik pada realiti.
Berdirilah di atas kaki sendiri.
Tidak kira kaki kayu, kaki bangku ataupun alas kaki.
Bicara setiap yang diterima aku mengerti.
Tanpa sesiapa akulah aku.
Aku sendiri, berdikari.

Aku benci.
Alasan.
Walhal aku perlukan kata-kata bukan sekadar romantis, puitis bla-bla-bla..
Aku sendiri.
perlu bantu diri tanpa menyepi.

Jangan selalu berjanji.
Janjilah yang pasti aku mahu KINI, PASTI!

Motivasi dari diri sendiri berdikari,
"Uruskan diri kepada Allah,,
Baru Allah uruskan, urusan kita."