Followers

Saturday, November 5, 2011

DYA ROMANTIKA*




Entri nie tak ada la istimewa sangat tapi ok la untuk berkongsi serba sedikit mengenai dya mana yang berminatlah nak taukan..
ada yang pernah bertanya dan anda juga mungkin tertanya-tanya kenapa 'dya romantika'..
ada makna ke?? ada,, jangan risau...


Pada mulaya memang tak terfikir langsung nak jadikan nama dya romantika sebagai label kepada syarikat dan penampilan saya. Sampaikan syarikat saya sendiri saya letak nama dya romantika resources. Hubby pernah bagi cadangan pada mulanya letak aje lee nama Hidayah Resources ke, Nurhidayah Resources ke. Dalam hati eleh tak cool la nama macam tu.. tapi sebab dengar kata suami la ikut kata dia pilihan ketiga letak pilihan asal saya 'Dya Romantika Resources'. Pilihan ketiga dapat... sorry to say daddy mummy is cool bukan daddy cool lagi hokeh~~ kuihh3!

Berbalik pada zaman lampau~~~~~~~
Nama sebenar saya mana yang belum tahu adalah NURHIDAYAH ASH'ARI-Cahaya Petunjuk.
dya mungkin sebutan pada asalnya dayah atau daia pilihan anda terpulang.
Panggian dya sebenarnya adalah 'dhiya-cahaya, sinar',,
panggilan big bos di company lama tempat saya bekerja dahulu di AmInssurans Bukit Raja.

Panggilan nama lain seperti yaya, komeng wakaka nih sebab kecik-kecik botak rilex je...
cuba buat nama company sure femes macam Fatin Liyana Beauty ke ok la jugak!..
Nie idok 'Komeng Resources' tipu orang mesti maki sebab tak percaya buat beauty services padan muke tak laku.. :P

Dari mana datangnya Romantika asalnya dari friendster lama saya (time bercinta dulu-dulu).
Mungkin kawan lama saya tahu mungkin juga tak perasan.
Pada asalnya juga Romantika bagi saya hanya pada sedap bunyi kerana menjiwai diri saya yang manja.
Rupanya saya adalah seorang wanita romantik dan dramatik.
lain-lain maksud:-

ROMANTIKA

R-Ramah

O-Oportunis

M-Mesra

A-Amanah

N-Naif

T-Tulus

I-Ikhlas

K-Komited

A-Alim

Patutlah masuk dengan jiwa saya hingga sekarang...
Tenang je dengarkan.. :P

Mungkin penampilan saya agak matang dan dewasa,,
Kita juga perlu sesuaikan diri kita dengan orang sekeliling bersesuaian dengan kerjaya kita bukan??
Kalau tak macam mana saya boleh berhadapan dengan pelanggan saya dari berlatar belakangkan pelbagai jawatan dan mempercayai saya kerana penampilan yang kita bawa adalah apa yang kita sampaikan untuk mereka sebenarnya.
Tetapi jangan salah sangka itu hanya nama panggilan sahaja saya tetap NURHIDAYAH ASH'ARI yang gila-gila dan nakal sikit kata hubby.
Belum tanya umie dan ayah sure diaorang kata saya tak waras dan tak matang.
Ok saya pandai bawa diri tak kira dimana. Saya boleh jadi budak kecil, saya boleh jadi remaja, belia dan dewasa. Saya juga seperti orang biasa masih ada kawan-kawan, keluarga dan anak saya Hilman Nandos.. ;P




**Jadi diri sendiri dan jaga diri itu penting untuk masa depan kita.
pesanan khidmat masyarakat dari saya boleh.. ;)





My Favourite Makeup, Creme Lipstick Colour & Hijab Style For Hari Raya~




"Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa,,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...
Anak muda dirantawan semuanya pulang ke desa,,
Ibu & ayah keriangan bersyukur tak terkira..."

Sambung nyanyi sendiri ok..

Kepada semua teman-teman dya beri entri khas untuk kawan-kawan bergaya semasa hari raya aidilfitri nanti ok...
Apa yang penting?!

Duit Raya!! hihihi dah jadi mak orang tak dapat dahh.. :)


Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina














Mary Kay Creme Lipstick Shell



Mary Kay Creme Lipstick Shell







Mary Kay Creme Lipstick Shell



Mary Kay Creme Lipstick Shell



Mary Kay Creme Lipstick Shell



Mary Kay Creme Lipstick Toffee yaw~

**5 pembaca pertama & terakhir yang comment di blog dya romantika akan menerima sample Mary Kay Creme Lipstick @ Mary Kay Tinted Lip Balm Sunscreen SPF 15..
Jika bertuah anda juga akan menerima Sample 'Mary Kay® Ultimate Mascara™ '..

Hah pandai-pandailah ye nak rebut lipstick gojes yang dya cinta ini wah!!
Raya bibir baru~~
Pemenang akan dikira tanpa belas kasihan..
Amboi ayat ganas konon.....

Product yang saya guna sekarang-MELACEP WHITENING SYSTEM






As darkness fades, translucency is revealed...
The Mary Kay MelaCEP Whitening System has been formulated specifically for Asian skin to help neutralised the elements that can leave your skin tone looking uneven and lifeless.

Untuk maklumat lanjut dan produk visual, sila klik SINI

1) MelaCEP Foaming Cleanser
This creamy formula mixes with water to gently remove impurities and excess oil.

2) MelaCEP Freshener
This gentle Freshener lifts away residual dirt, leaving skin feeling refreshed and supple.

3) MelaCEP Essence
This quick-absorbing serum helps restore clarity. The innovative packaging keeps the formula, which contains the functional ingredient ascorbyl glucoside, in an airless environment to maintain its effectiveness.

4) MelaCEP Day Moisturiser with SPF15
Protect your skin from UV exposure with a lightweight, moisturising formula that contains the functional ingredient ascorbyl glucoside. The potency of the formula is maintained in an airless pump.

5) MelaCEP Night Cream
Pamper your skin with this luxurious cream while you sleep. The formula, which contains the functional ingredient ascorbyl glucoside, leaves skin feeling balanced and moisturised.

6) MelaCEP Dark Spot Serum
The rollerball packaging makes it easy to apply the translucent serum directly on dark spots, reducing their appearance over time. The highly effective, lightweight formula contains the functional ingredient ascorbyl glucoside.

7) MelaCEP Mask
Treat yourself to this moisture-rich-mask that leaves skin looking brighter and feeling softer and smoother.


91% saw skin that was more luminous and enhanced overall.
88% saw brighter skin with a more even tone.
78% saw skin clarity restored.



Kepadamu Aku Meminta..





Bismillah dengan nama ALLAH,,
Salam diberi kepada sekalian teman semua,,
disini aku hanya hamba yang sentiasa alpa..

Tidak ada yang sempurna melainkanmu Ya ALLAH..
Aku bersyukur Ya ALLAH di atas kurniaanmu..
Kau limpahi kami rezeki,,
kau berikan kami kebahagiaan walau hanya kau datangkan sedikit ujian kepada kami betapa kami mensyukuri nikmatmu Ya Allah...
Aku sedar diatas setiap yang kau kurniakan adalah hadiah untuk kami..

Ya Allah, Ya Tuhan kami..
kau jauhilah kami dari sifat dengki, tamak, takabbur..
kau lindungilah kami dari segala kejahatan Ya Allah..
Kau bimbinglah kami ke arah jalan yang engkau redhai..

Ya Allah kami hambamu yang lemah..
aku pohon kau terimalah doa kami Ya Allah..
Ampunkan dosa-dosa kami,, dosa kedua ibu bapa kami,,
dosa jiran-jiran kami serta semua kenalan kami..
Amin Ya Allah..

Resepi Baby 9 bulan untuk AD.Hilman..




Alhamdulillah,,pejam celik baby hilman dah makin membesar..
Gembira dihati xterkata bila melihat depan mata sendiri anak membesar..
Semakin hari hilman semakin bijak & pandai..
Suka tengok perkembangan dia dari masa ke semasa.. Ragamnya buat hati xtertanggung rindu bila ada kerja yang terpaksa dilakukan..
Hilman anak yang dengar kata, manja macam mummy dia jugak....
Suka sangat dipeluk bila dia boring dia cari mangsa untuk diajak bergurau.. Insyallah nak bawa hilman untuk pergi berkelah & mandi-manda sebab hilman suka sangat main air...
Dia suka berendam lama-lama dalam tab mandi dia...
Kalau hilman mandi dengan daddy,, daddy suka tadah air bagi tab mandi hilman sampai penuh.. hilman suka sangat-sangat.. nnti mummy belikan pelampung untuk hilman belajar berenang plak ok....
Ok mummy nak kongsi resepi yang mummy dapat dari blog kawan mummy & dalam internet nie..
nanti kawan-kawan mummy boleh masak sedap-sedap untu baby diaorang pulak...
nurse cakap, tak elok bagi baby makan nestum atau biskut segera tu, kalau boleh elakkan anak makan makanan yang segera macam tu sebab manis. Biarlah kita yang masakkan sendiri. Maklumlah air tangan mummy yang masak, semoga diberkati makanan tu, untukpembesaran anak jugakan....



Muka seksi nak makan..

Bubur daging gebu hilman lemak manis.. Ada daging, ikan bilis, daun sup, daun bwg.

Perut kenyang hati senang..

Hamboi nie masa baby lagi dah menganga!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur Nasi

Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.




Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi dan Kurma

Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan



Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.


Sup Kobis Bunga dan Kentang

Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.


Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.



Mummy hilman suka mencuba resepi baru. Hilman pulak memang suka makan... Mummy suka tengok!!Ibu-ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehlah kita berkongsi resipi (",)

SELAMAT MENCUBA...



8/24/10:-Yang Tak Bisa Diungkapkan oleh Ayah..



Malam tadi xterlintas pun nak berbuka dengan ayah.
Tapi hati terpanggil nak berbuka bersama-sama.. walau dah dekat 2 minggu kita berpuasa aku masih belum berbuka dengan ayah.
Aku tau,, ayah mencari rezeki untuk umie & adik-adikku..
Harta ayah adalah keluarganya sekarang,, bukan kereta bukan wang ringgit semata-mata.
Ayah,, kaklong rindukan ayah.. Kenapa kaklong boleh lupa nak bersama ayah??
Kaklong rindu dengan ayah...walau kita dekat tapi kaklong rasa jauhh sangat-sangat dengan ayah.

Kaklong tau ayah penat membanting tulang mencari rezeki..
Ayah,, walau kaklong tak dapat belajar tinggi tapi kaklong nak ayah & umie nampak kejayaan kaklong lepas nie..
Kaklong xkisah kalau kaklong terpaksa korbankan masa untuk tolong ayah suatu hari nanti.
Alhamdulilah berkat doa umie & ayah kaklong sangat-sangat bahagia bersama suami kaklong sekarang.



Kaklong tau umie dengan ayah xcukup bermesra dengan kaklongkan?? Kaklong pun tak kisah kalau umie dengan ayah kutuk-kutuk kaklong nie macam-macam.
Kaklong rindu saat-saat lampau kita sekeluarga keluar bersama, makan bersama, kutuk mengutuk bersama, ketawa terbahak-bahak dengan lawak gila-gila ayah tue.
Kaklong tau ayahlah ayah yang palaing sempoi,, cool..
kaklong bangga dapat jadi anak ayah sebab ayah unik~

Ingat lagi ayah pernah marah umie sebab pukul kaklong & adik-adik dulu..
Ayah pesan ayah xnak pukul anak sebab ayah takut kena tangkap... Ayah memang sempoi!! malam tadi umie bagitau dengan ayah kaklong berbuka dekat rumah...
Ayah pesan ayah nak balik kerja nak berbuka dengan kaklong sekeluarga.. kaklong terharu ayah,, ayah xlupakan kaklong walau ayah letih & penat bekerja.. dari kaklong kecik sampai sekarang ayah masih bawa lori panjang..

Dulu kaklong suka ikut ayah pergi kerja.. masa tue ingat lagi kita masih tinggal kat johor..
Ayah balik seminggu sekali. semua seronok bila ayah ajak ikut kerja dapat naik lori. lori ayah luas,, besar,, panjang,, xmacam lori orang lain...walau ayah cute,, ayah rilex jee sebab kaklong tau
ayah terer gile bawak lorikan??
Ayah,, kaklong minta maaf kalau kaklong xdapat jumpa ayah. Tapi semalam kaklong tau ayah gembira sangat-sangat dapat jumpa kaklong cucu ayah Hilman & Abang.
Kaklong tau ayah akan gembira bila kaklong bahagia..

Tapi ayah akan marah sangat-sangat kalau orang buat kaklong sedih..
Lagi-lagi kalau abang Ahmad Ernerazian.
Kaklong tau,, ayah sayang kaklong...
Walau ayah xpandai nak manjakan anak-anak tapi dulu setiap kali gaji lebih ayah mesti belikan kaklong & adik-adik macam-macam...
Umie selalu marah-marah sebab manjakan kami.
Ayah memang macam tue. kalau ada duit lebih dia akan habiskan duit untuk anak-anak.. kaklong tau ayah xada harta, ayah xkaya macam ayah orang lain..tapi ayah sayangkan keluarga dia...
Ayah,, masa harijadi kaklong tahun nie,, ayah belikan kaklong kerongsang murah je,,
tapi kakalong terima je ntah xtau berapa nilainya tapi amat bermakna bagi kaklong..

Ayah tambah lagi bagi nampak ayahlah bagi hadiah yang paling banyak. Kesian ayah tak ada duit tapi ayah belikan jugak haidah untuk kakalong.
Ayah tambah belikan kaklong jajan milo nugget, cadbury honey & coklat music tue..
Semuanya coklat,, ayah tau coklat memang favourite kaklong...
Terima kasih ayah,, itu hadiah yang paling berharga sebenarnya..ayah memang lain dari yang lain......kaklong memang xmintak lebih dari tue,, kaklong beyukur sebb kaklong bahagia sekarang dengan pilihan ayah..







Bila jadi gila sebentar begini rupanya!


Assalamualaikum....

Hye everybody,, malam nie terrgerak hati plak nak updte belog..
saje walau memori nie dah lama cikit,, masih ingat sampai hari nie..
bermandi manda sambil memekak atas motor bersama sang suami..
kami menyumbangkan lagu hujan..
xkee sweeet gitu!!

picture kat bawah nie teman sekolah lama,,
dia junior laa,,
nak kahwin...
mintak make upkan untuk photoshoot outdoor..
tengoklah hasil tangan dya & hasil kami kebasahan ok..
hehehee...


jeng.jeng.jeng.. untung sapa jadi isteri die nie,,
pict lepas dimakeupkan ...




nie curi gambar dari kawan...



nie pengapit pengantin masa bersanding hari tue,,
tapi masa sanding xmake upkan pon pengantin.



hahahahaa.. yang nie pengantin jugak...
pengantin baharuuu....


yang ini emak pengantin. kuihh3...


Nak dijadikan cerita,, masa balik dari kenduri hari tue boleh hujan plak..
kalau hujan renyai-renyai xpee laa kan.
nie hujan selebat-lebatnya!!
ingat baby kat rumah umie,,
minta adik jagakan..
terjah je laah..
singgah rumah jap.
sebelum tukar baju main hujan dulu..
alang kepalangkannnn....


*aksi nie suami yang support...
thanks kepada suami yang sporting kerana membiarkan dinda bermain2 sebentar di laman!!


*Tuhan saja yang tau perasaanku..
syoookk habis bila tinggal berdua,,
terus jadi gila remaja..



AMARAN:: Ibu bapa jangan segan-segan nak beraksi seperti kami.
kami adalah ibu bapa luar biasa..

SEKIAN,, nak MAKAN MILO..