Followers

Thursday, March 27, 2014

Hai baby bump....


Mummy dah rasa baby gerak sekali sekala.
First check up nampak denyutan jantung baby masa 6 minggu.
Hujung bulan ni cukup 2 bulan dah.



Lepas ni tak sabar nak rasa baby mengeras, mengeliat,, berpusing & baby isap jari..

Baby tahun ni mummy busy study kursus dalam bidang kecantikan.
Jangan manja-manja sangat ya..
Mummy nak habiskan belajar sampai exam nanti.
Bagi mummy peluang ye sayang....
Mummy redha tahun nie baby nak join dalam family mummy & daddy..
Mummy xkisah xdapat selim raya nie.
Tahun ni kita raya dengan nenek dan embah 7 bulan already.
Nanti nak makan apa bagitau tapi xmo majuk-majuk ye sian mummy nanti..

Jaga diri ya dalam 2 elok-elok nanti mummy nak cubet pipi dia!!
Jumpa by Oktober sayang dalam operation room......
Mummy nak request hospital yang boleh bawa daddy masuk sekali...
Temankan mummy... ;)

Sunday, January 19, 2014

Manusia ini sama..









Alhamdulillah syukur menu terbaik untuk cuti ini sardin tin terbaik dari MR HUBBY..
Lauk dah habis sardin pun jadi..
Telur rebus bubuh kicap tambahkan cili padi cubalah mesti ketagih makan tak renti-renti..

Percayalah menu hujung bulan yang seperti ini kerap dijamah 1 ketika dulu.
Mungkin duti gaji ayah dah nak habis.
Apa taknya umie kena budjet cukup-cukup belanja barang dapur untuk hujung bulan & belanja sekolah kami.
Tapi aku tak kisah mana [pun yang penting ada makanan yang dapat alas untuk perutku setiap hari.
Kadang-kadang menu ikan bilis goreng campurkan bawang merah besar beserta cili padi dah cukup sedap makan bersama nasi putih panas-panas.
Ada juga menu hujung bulan seperti selalu bawang, ikan bilis digoreng garing serta cili padi ditambah dengan telur dan kicap manis sudah cukup sedap untuk kami.
Terliur bila lapar inilah menu ringkas yang kita panggil menu hujung bulan.
Ayah cuma pemandu lori umie suri rumah sepenuh masa sambil mengajar ngaji punca pendapatan yang tak tetap untuk kami.
Harapkan aku bekerja makan gaji cuma 700 sebulan & 300 setiap bulan aku berikan kepada umie.
Baki itulah aku guna untuk belanja diri sendiri, makan minum setiap hari ke tempat kerja kadang-kadang tak cukup siap pinjam lagi dengan umie.
Hahaha kenangan lama menggamit memori.

Budak-budak sekarang mungkin bosan @ banyak songehnya tentang menu mak kita.
Mungkin kata dia asyik menu yang sama padahal mereka tak paham serta tak tahu duit belanja hanya mampu membeli lauk yang sama.
Aku tahu ramai yang pernah rasa seperti ini bila hujung bulan hanya cukup-cukup sahaja.
Hikmahnya masih ada bila kita masih merasa menu-menu murah seperti ini kita masih seperti dahulu tidak sombong walaupun diluar banyak lagi menu-menu mewah belum lagi di atas kapal mewah 5 bintang bukan..
Percayalah siapa kita perlu sombong untuk tidak merasa menu seperti ini.
Inilah menu dari ibu ayah kita yang sibuk membesarkan kita.

Jangan sombong!
manusia boleh berubah kerana 1 sahaja kelebihan diri,, 
oh.... terus tidak pandang siapa dia yang sebenanrnya.
Kasihan bukan masih ada manusia seperti ini realitinya......
Sebagai manusia biasa jangan sesekali pandang dari luaran serta pangkat mungkin.

Pernah aku hadiri beberapa majlis besar @ berhadapan dengan orang-orang besar,
Aku akui agak kekok kerana level mereka dengan aku yang biasa ini.
Ada juga yang belagak dengan kekayaan serta berkira-kira padahal sehari event boleh mendapat sehingga 100k.
Ada juga yang selalu minta sponser walhal mampu makan ditempat-tempat mewah.
Mungkin takde cash hehehe..

Aku hanya buat beberapa perkara yang aku rasa patut jika ianya berbaloi dengan masa memandangkan aku masih ada anak kecil.
Mereka juga manusia biasa tetapi mereka sangat baik & memahami sebenarnya.
Percayalah jika sesuatu perkara kita bantu tanpa berkira insyallah kita dibalas dengan sesuatu yang baik dari DIA.
Tiada siapa memahami keadaan diri kita,,
 masing-masing membawa diri serta hala tujukan.
Biarkan Allah yang membalas setiap apa yang terjadi itu.

Tak berani nak berlebihan tetapi aku masih waras & belajar untuk mematangkan diri bila bersama golongan itu.
Jujur itu penting tetapi ada beberapa perkara yang menjadikannya sebagai 1 cabaran adalah aku masih belajar.
Bila aku masih belajar aku cuba terima sebaik mungkin apa yang datang dengan hati terbuka & sentiasa berbincang dengan suami iaitu teman baik aku.
Jangan mudah ditindas serta ditipu.
Suami adalah pendorong aku teman baik walau dimana,,
 terima kasih cik abang..

Lastly cuba memahami serta hormati dengan sesiapa sahaja jangan cepat melatah dengan pandangan pertama.
Walaupun pada mulanya topik berkisar tentang makan tapi yang penting perkongsian ini jadikannya positif feedback.

Tak semestinya orang kaya itu kaya dia juga manusia & berhutang,,
tak juga nak kata nampak seperti miskin tapi dia papa kedana tapi ASB dia amboi....

hehehe nie cuma kiasan sahaja anggap apa-apapun sebagai perkongsian.
TERIMA KASIH.. :)




Thursday, December 26, 2013

Nukilan FULL TIME mummy..





Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.
Dengan kimpah kurnianya dapat lagi kita berdiri.
Menyadari diri ini hanya pinjaman amatlah memalukan jika kita tidak dapat melakukan perkara-perkara yang bermanfaat & amatlah terkilan jika ianya hanya berlaku sekali.

Lama agaknya aku tak mengadakan bengkel kecantikan menyebabkan ada sedikit rasa gementar.
Walaupun alhamdulillah masih ada rezeki melimpah ruah dapat menikmati nikmatmu Ya Allah.
Makan nasi seperti biasa menggunakan tangan serta menghirup udara segar yang indah dan damai.

Sekarang aku lebih fokus melakukan kerja-kerja suri rumah sepenuh masa misi utama adalah menjaga & mendidik mereka.
Bukanlah sibuk mahu jadi isteri harapan & kebanggaan suami wahhh.
Cuma niat perlu diperbaiki lagi menjadi yang lebih baik insyallah..
Lagipun suami sendiri menyatakan hasratnya ingin aku menjaga anak-anak sendiri.
Jika bersebab apa salahnya walaupun cita-cita terpaksa jatuh ditempat kedua.
Aku rasa aku perlu mendidik anak-anak selagi masih berkemampuan.

Aku risau & takut jika aku sibuk mengejar dunia dan wang ringgit semata aku leka dengan amanah Allah yang 1 iaitu tanggunjawabku kepada anak-anak.
Aku seperti dihantuk bahawa si kecil perlukan ibu @ ayah.
Bila mana aku sibuk ke sana ke mari tiba malam aku mungkin keletihan & mungkin juga akan memarahi mereka.
Kita pula suami isteri mungkin akan bermasam muka @ bertengkar kerana masing-masing keletihan.
Aku tidak mahu leka.
Mereka anak-anak yang diamanahkan olehNya.
Percayalah rezeki Allah yang maha luas ada dimana sahaja tapi kita perlu tahu caranya.

Aku amat tersentuh jika tidak dapat merasa membesarkan anak-anak didepan mata.
Dari anak pertamaku AHMAD DAIYAN HILMAN sekarang berusia 3 tahun sudah petah bila berkata-kata.
Aku menjaganya menyusukan dia sepenuhnya sehingga 2 tahun & aku disahkan hamil untuk kali kedua putera keduaku AHMAD DINIY DANIYAL 1 tahun usianya.
Beliau masih mendapatkan sepenuhnya BF, mudah-mudahan sehingga 2 tahun juga.

Saat paling berharga semasa aku menjaga si abang dari lahirnya seakan-akan merah udang, kepala botak persis YB di hulu sana.
Makin hari makin membesar,,
dari meniarap, merangkak, bertatih & bercakap semuanya di depan mataku.
Syukur Ya Allah nikmat menjadi seorang ibu diusia muda.
Kini usiaku 24 sudah mempunyai 2 cahaya mata yang lincah & bijak.
Aku memahami ibu-ibu diluar sana mungkin cemburu dan mahu menjadi ibu sepenuh masa untuk anak-anak mereka juga.
Tetapi kekangan hidup untuk menyara mereka terpaksa pasrah.

Oh walaupun aku tidaklah punya apa-apa pun latar belakang pendidikan yang tinggi.
Jika dibandingkan pendapatan aku jika makan gaji dengan kerjaku sehari adalah sama sekarang.
Rezeki Allah kan..
Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka.
Aku memilih jalan bahagia bersama keluarga.
Hasil juga tidaklah tetap jika Allah berikan,,
jika lebih alhamdulillah syukur.
Cuma sekarang aku fokus dulu apa-apa dirumah.
Semuanya atas talian mudah & jimat masa.
Jika ada tempahan solekan aku cuba terima jika masa & kosnya berbaloi.

Ayah pula hanyalah pemandu lori trealer.
Aku tidak malu mengaku kerana tanpa ayah tiadalah jadi aku di dunia juga umie yang telah banyak mendidikku sehingga menjadi insan yang berjaya alhamdulillah.
Kepada suami yang banyak memberikan moral support dengan apa yang aku minat & lakukan selama ini,, terima kasih abang..
Tanpa dia takkan menjadi apapun mungkin
Selepas ibu ayah adalah suami untuk yang sudah berumah tangga.




Percayalah redha suami & rezeki Allah kerana dia sudah menjanjikan 9 dari 10 rezeki dari perniagaan.
Insyallah dan barakallah...
sekian :)

Thursday, December 5, 2013

CHICKEN WRAP paling simple + mudah!!










*Ehsan google sebiji macam nie CHICKEN WRAP HOME MADE makjah..
sekian selamat mencuba!



BAHAN-BAHAN: 

-mission Wrap original recommend baik punya 
-dada ayam biarkan berketul-ketul saiz asal lepas siap grill baru potong lagi sedap sebab basah & terasa jus manis dari dada ayam (diperasakan dengan lada hitam, soa tiram dan garam)
-lettuce/salad ikut suke lah nak guna jenis mana
-tomato potong dadu
-bawang besar holland potong dadu
-madu 1 sudu, mix herbs, serbuk paprika (optional)
-planta/ butter
-mozerella cheesedar (jika ada budjet lebih)
-sos cili/sos blackpepper/ mayonis, lada sulah & beberapa titik italian dressing (cuka masakan+ daun bawang)








CARA PENYEDIAAN: 

1-panaskan planta & sesudu kecil butter, (sebelum itu perasakan ayam dengan garam, kunyit, soso tiram & sos bbq)
2-panaskan non stick kuali dan panaskan kejap tortilla utk mudahkan menggulung.
3-ambil sekeping tortilla letak atas pinggan leper, semasa susunkan bahan letak kuantiti yang sikit & menegak seperti dalam gambar nanti susah nak gulung sebab gemuk.
4-lettuce/salad,dada ayam yang dihiris, tomato, bawang besar & mozerella cheese taburkan kemudian ..
5- letak sos cili/mayo dan (sos lada hitam* jika berminat)
6-kemudian gulungkan dan tekapkan diatas kuali bagi melekat & cheese cair.

Bila makan sorang 2 roll pun boleh...

aku buatkan untuk suami aku & anak teruna yang sulong memang kena dengan selera kami.
Soo dipendekkan cerita laki aku pesan siap-siap sebelum tidur malam tu,,  minta buatkan untuk breakfast.
dia teringat-ingat kata kaulah..entah betul entah tidak ye,, hehehehe..

Petang-petang [un layan je makan chicken wrap terbaik dari ladang.
soo lepas nie xde la singgah subway ke mcd ke,,
KATAKAN TIDAK pada MSG bahan perasa melampau.

oklah sekian berita~

Saturday, November 9, 2013

Astma penyelamat keluargaku...



Assalamualaikum..
Subuh yang hening hari ini.
Gerimis renyai-renyai,, kenapa tak hujan lebat ye mesti bersebabkan...
Mungkin kami akan terus lena.......................

Semalam aku dah mula diserang astma yang teruk setelah sekian lama tidak kena.
Mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu...
Dipendekkan cerita malam tadi tidur tak lena astma datang lagi lepas makan pil rasa dada masih berat.
Doc bagi pil astma, pil elergic & ubat batuk.
Mengomel jugaklah dalam hati apesal pil elergic bertahun tak pernah plak doc bagi bila astma.
Then dia kata tak bagi antibiotik.
Hmm nasiblah...

Aku cuba ambil gas inhealer baru picit sekali tersedak sampai astma menyerang lagi.
Tersedak terbatuk-batuk bukan main lagi.
Aku cuba sedut dalam-dalam nak bagi saluran pernafasan terbuka.
Astma terjadi bila saluran pernafasan sempit beserta kahak yang pekat.
Duduk dipenjuru katil membawa diri masa tue anak-anak & suami dah dibuai mimpi.
Orang astma takkan dapat kualiti tidur bila kena serang sebab pernafasan tersekat.
Solusinya bila mengantuk terpaksa tidur duduk terhangguk-hangguk..
Dalam 2.30am masih menahan dada dipenjuru katil tadi sambil terlintas & membebel dalam hati.
Rumah nie cepat je berhabuk habis kabinet baju budak-budak nie tebal berhabuk.
Sambil mengelap menggunakan tisu (kabinet betul-betul depan muka).

Bila dah reda dada aku,, baru dapat baring cuba selesakan diri nak melelapkan mata.
Tiba-tiba lampu terpadam aku tak pasti dalam jam berapa mungkin jam 3.30 ke 4am masa itum
Allahuakbar takde letrik sambil kejutkan sang suami..
Abang takde letrik pulak..
Suami terus ke dapur mencari lilin tanpa disuruh macam tau menahu gitu..
Bila lilin dipasang en husband letak atas kabinet dalam hati ok je letas atas kabinet tue walaupun tau tak selamat.
Siap ada tisu bekas lap kabinet tadi dekat sebelah lilin macam dah tau tapi buat-buat tak tau.
Takpelah biarkan..
Sambil nak lelapkkn mata tangan pantas mengipas-ngipas kepanasan.
Hilman merengek manja seperti minta penampar.
Tapi tak tampar pun..
Biasalah manja bebenor dengan daddy dia.
Daddy asyik layankan aje ye tapi marah juga daddy pada dia sebab ganggu kualiti tidur daddy setiap hari.
Mummy mengomel kecil dia ngigau daddy..
Daddy ahakan penat mainlah tue.
Masing-masing mamai sebenarnya.
Cuma aku masih segar melayankan diniy pula seperti biasa 'ngemping' sebelum, semasa & selepas tidur pasti boleh.

Lebih kurang jam 5.30-6am aku terjaga tiba-tiba dengan sendirinya.
Aku lihat api marak di atas kabinet baju anak-anak.
Ya Allah itu yang mampu terucap sambil menjerit abang!!!
Suami tersedar dan terus terbangun memadamkan api.
Aku terus bergegas ke dapur dalan keadaan gelap apa yang aku cuba capai alas tilam yang semalam baru di buka untuk dicuci di tempat longgokan baju kotor.
Aku terus masuk ke dalan bilik air dan merendam cadar tilam.
Semua berlaku spontan suami lari ke bilik air  mencapai cadar & dia mengambil baldi sekali.
Api semakin marak kipas angin pun terbakar sedikit.
Aku lihat kabinet habis terbakar baju budak-budak tak banyak disimpan di dalam kabinet tue.

Syukur selamat masih panjang nyawa.
Berdebar bukan main hilang sekejap semput!

Moral of the story:
1-Please beware jangan sangka lilin tak menyebabkan apa-apa lagi pendek lagi bahaya.
2-
Jika dah rasa tak sedap hati kena fikir dalam-dalam logiknya jangan abaikan ambil endah tak endah.
3-Tidur malam kena sentiasa positif,, cuba maafkan orang sekeliling mana tau tak kita dia mati dulu.
Tak pasal-pasal mati jadi hantu.(tipu)
4-Bersangka baik pada Allah setiap apa berlaku memang ada hikmat tersendiri.

Tips berguna di rumah:
1-Sentiasa menakung/tadah air dalam baldi. Kecemasan boleh diguna pakai even air tutup air tak bertadah perut pulak memuleh-muleh kesakitan (kena plak cerry berry time terdesak plak tuew) walaupun tak melibatkan nyawalahkan..
2-Sediakan tuala besar yang serap air di satu kawasan senang dicapai semasa ketiadaan letrik.
Jika ada kebakaran capai tuala terus rendam dalam baldi yabg berisi air.
3-Jika ada kebakaran kecil pastikan tekup menggunakan tuala betul-betul basah.
Bukan basah main-main.
4- Pasang lilin dalam bekas tanpa terbakar seperti bontot mug then buh mangkuk berisi air. (safety first kalau kata lilin cair taklah habis terbakar kabinet awak tue,, dia akan mati sendiri).

Nota kaki:
Kabinet kami plastik pasang lilin tanpa alas mug or anything.
Kalau kata letak mug tanpa bubuh dalam mangkuk mesti terbakar jugak sebab air lilin akan meleleh.
Mungkin lilin cair terus sambar tisu.
Tapi memang magic dia makan sekejap je tanpa sedar.
Allah beri aku astma semalam sebab nak bagibaku tidur ayam.
Tapi tak berapa nak ayam sebab aku tidur lena jugaklah.
Eh tengok-tengok api marak dah terbakar,,
Tapi betul Allah teror dia kejutkan aku macam 2 ja bagi sedar.
Kalau tak mana boleh bangun tanpa alarm.

Allah beri kami nyawa & nak berikan sesuatu yang indah untuk kami sekeluarga kelak nanti.

Sekian berita.. ;)





Kabinet plastik yang terbakar betul-berul sebelah katil kami (frame bed jenis sofa mudah terbakar)









Tuesday, September 17, 2013

Adrini's Nursing Ettire in Style pilihan terbaik untuk ibu-ibu BF...




 Assalamualaikum,,
Selamat Hari raya aidilfitri..
amboi melampau lambat nak berucap..
Lagi-lagi pada semua mommies-mommies dekat luar sana tak sabar nak beraya dengan si kecikkan..
Dya nak sharekan 1 berita baik pada semua ibu..
Mana yang masih mencari-cari dress or blouse yang sedap dipakai, sejuk dibadan, lembut & selesa dipakai untuk mummy boleh singgah ke butik Adrini's di Puchong sempadan Shah Alam.
dengan design pelbagai & sesuai untuk semua peringkat umur untuk ibu ok.
tak perlu risau kalau kata nak shopping tak ada masa soo ibu boleh terus odder online FB Adrini's ok...
Nah kita bagi ibu-ibu cuci mata ok..















Hehehe masa nie photoshoot sebelum puasa & badan mummy hilman & diniy agak berisi gitu.. uhuhu.. :)
Ok dah puas hati soo ibu jangan lupa shopping sini ya soo senanglah sikit mana ibu yang masih BF kan baby.
Macam mummy hilman & diniy nie..
soo sangat manja mana je boleh BF...
dah banyak kemudahan kita gunakan manfaat ini bersama ok..
salam jumpa lagi dadadaa.. :)))


Model: Jaja & Dya Romantika
Makeup Stylist: Dya Romantika
Photographer: Azmir Khalid









Sunday, August 25, 2013

Red Velvet Cakewhat Aznil Nawawi bukan PERCUMA!

 
Salam Duniaku,,
 
Duniaku,
serius buat pertama kalinya aku mereward diri sendiri dengan menempah RED VELVET CAKE AZNIL NAWAWI tak pasti la betul ke tidak dia yang buat.
Yang aku teringat-ingatkan bila ada sekali aku jumpa Pak Nil di Astro jemputan dari kak shawati demo tudung untuk pembaca berita.
Teringat-ingat rasa Red Velvet hari 2 aku pasti dorang semua tipu katanya beli Red Velvet di secret resipi.
Soo untuk kepastian aku memang lama mengidamkan red velvet pak nil mesti sedap sebab banyak testimoni di instagramnya kata sedap, enak & malatop..
soo nyummy!!
 
Orang kata letih kita bekerja kurang-kurang 10% dari hasil kerja kita moh le kita reward diri.
Ada kelebihannya antaranya tak la kita rasa sungguh stress dengan kerja & situasi masa 2.
Jangan kesah suami tak belanja kau & jangan stress tak siapa nak hadiahkan kau sebab kau isteri mithali ok.
Bak kata orang,,
 JANGAN KAU HARAPKAN ORANG NAK BELANJA KAU ORANG!
Hahaha versi cakap stress.. :)
 
Contoh lain sebab kau perlu reward diri sendiri bukan mak bedah:
Tekanan jiwa sebab melayan anak-anak, suami, bibik mahupun ko stress dengan diri sendiri & dot dot dot dot.
Sungguh bahagia bila dapat reward diri memang rasa kepuasan yang tak terhingga terperi rasanya huh!
 
Lagi terbaik bila orang lain tak makan kau sorang je melantak sampai kembong.
JANGAN MEMBAZIR!
Kalau kau rasa tak sayang duit ko rasa & buang je ok.
 
 

 
Aku tak tau plak kita nakkan sesuatu itu percuma.
Dah tentulah berbayar alahai bedah pung pang pung pang nampak kau!.
Jangan tanya soalan stupid boleh?
 
Moral of the story:
Kongsi kasih sayang & ingatlah WALAU DENGAN CARA APA PUN. ;)