Followers

Saturday, November 9, 2013

Astma penyelamat keluargaku...



Assalamualaikum..
Subuh yang hening hari ini.
Gerimis renyai-renyai,, kenapa tak hujan lebat ye mesti bersebabkan...
Mungkin kami akan terus lena.......................

Semalam aku dah mula diserang astma yang teruk setelah sekian lama tidak kena.
Mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu...
Dipendekkan cerita malam tadi tidur tak lena astma datang lagi lepas makan pil rasa dada masih berat.
Doc bagi pil astma, pil elergic & ubat batuk.
Mengomel jugaklah dalam hati apesal pil elergic bertahun tak pernah plak doc bagi bila astma.
Then dia kata tak bagi antibiotik.
Hmm nasiblah...

Aku cuba ambil gas inhealer baru picit sekali tersedak sampai astma menyerang lagi.
Tersedak terbatuk-batuk bukan main lagi.
Aku cuba sedut dalam-dalam nak bagi saluran pernafasan terbuka.
Astma terjadi bila saluran pernafasan sempit beserta kahak yang pekat.
Duduk dipenjuru katil membawa diri masa tue anak-anak & suami dah dibuai mimpi.
Orang astma takkan dapat kualiti tidur bila kena serang sebab pernafasan tersekat.
Solusinya bila mengantuk terpaksa tidur duduk terhangguk-hangguk..
Dalam 2.30am masih menahan dada dipenjuru katil tadi sambil terlintas & membebel dalam hati.
Rumah nie cepat je berhabuk habis kabinet baju budak-budak nie tebal berhabuk.
Sambil mengelap menggunakan tisu (kabinet betul-betul depan muka).

Bila dah reda dada aku,, baru dapat baring cuba selesakan diri nak melelapkan mata.
Tiba-tiba lampu terpadam aku tak pasti dalam jam berapa mungkin jam 3.30 ke 4am masa itum
Allahuakbar takde letrik sambil kejutkan sang suami..
Abang takde letrik pulak..
Suami terus ke dapur mencari lilin tanpa disuruh macam tau menahu gitu..
Bila lilin dipasang en husband letak atas kabinet dalam hati ok je letas atas kabinet tue walaupun tau tak selamat.
Siap ada tisu bekas lap kabinet tadi dekat sebelah lilin macam dah tau tapi buat-buat tak tau.
Takpelah biarkan..
Sambil nak lelapkkn mata tangan pantas mengipas-ngipas kepanasan.
Hilman merengek manja seperti minta penampar.
Tapi tak tampar pun..
Biasalah manja bebenor dengan daddy dia.
Daddy asyik layankan aje ye tapi marah juga daddy pada dia sebab ganggu kualiti tidur daddy setiap hari.
Mummy mengomel kecil dia ngigau daddy..
Daddy ahakan penat mainlah tue.
Masing-masing mamai sebenarnya.
Cuma aku masih segar melayankan diniy pula seperti biasa 'ngemping' sebelum, semasa & selepas tidur pasti boleh.

Lebih kurang jam 5.30-6am aku terjaga tiba-tiba dengan sendirinya.
Aku lihat api marak di atas kabinet baju anak-anak.
Ya Allah itu yang mampu terucap sambil menjerit abang!!!
Suami tersedar dan terus terbangun memadamkan api.
Aku terus bergegas ke dapur dalan keadaan gelap apa yang aku cuba capai alas tilam yang semalam baru di buka untuk dicuci di tempat longgokan baju kotor.
Aku terus masuk ke dalan bilik air dan merendam cadar tilam.
Semua berlaku spontan suami lari ke bilik air  mencapai cadar & dia mengambil baldi sekali.
Api semakin marak kipas angin pun terbakar sedikit.
Aku lihat kabinet habis terbakar baju budak-budak tak banyak disimpan di dalam kabinet tue.

Syukur selamat masih panjang nyawa.
Berdebar bukan main hilang sekejap semput!

Moral of the story:
1-Please beware jangan sangka lilin tak menyebabkan apa-apa lagi pendek lagi bahaya.
2-
Jika dah rasa tak sedap hati kena fikir dalam-dalam logiknya jangan abaikan ambil endah tak endah.
3-Tidur malam kena sentiasa positif,, cuba maafkan orang sekeliling mana tau tak kita dia mati dulu.
Tak pasal-pasal mati jadi hantu.(tipu)
4-Bersangka baik pada Allah setiap apa berlaku memang ada hikmat tersendiri.

Tips berguna di rumah:
1-Sentiasa menakung/tadah air dalam baldi. Kecemasan boleh diguna pakai even air tutup air tak bertadah perut pulak memuleh-muleh kesakitan (kena plak cerry berry time terdesak plak tuew) walaupun tak melibatkan nyawalahkan..
2-Sediakan tuala besar yang serap air di satu kawasan senang dicapai semasa ketiadaan letrik.
Jika ada kebakaran capai tuala terus rendam dalam baldi yabg berisi air.
3-Jika ada kebakaran kecil pastikan tekup menggunakan tuala betul-betul basah.
Bukan basah main-main.
4- Pasang lilin dalam bekas tanpa terbakar seperti bontot mug then buh mangkuk berisi air. (safety first kalau kata lilin cair taklah habis terbakar kabinet awak tue,, dia akan mati sendiri).

Nota kaki:
Kabinet kami plastik pasang lilin tanpa alas mug or anything.
Kalau kata letak mug tanpa bubuh dalam mangkuk mesti terbakar jugak sebab air lilin akan meleleh.
Mungkin lilin cair terus sambar tisu.
Tapi memang magic dia makan sekejap je tanpa sedar.
Allah beri aku astma semalam sebab nak bagibaku tidur ayam.
Tapi tak berapa nak ayam sebab aku tidur lena jugaklah.
Eh tengok-tengok api marak dah terbakar,,
Tapi betul Allah teror dia kejutkan aku macam 2 ja bagi sedar.
Kalau tak mana boleh bangun tanpa alarm.

Allah beri kami nyawa & nak berikan sesuatu yang indah untuk kami sekeluarga kelak nanti.

Sekian berita.. ;)





Kabinet plastik yang terbakar betul-berul sebelah katil kami (frame bed jenis sofa mudah terbakar)









2 comments:

  1. Alhamdulillah sis semuanya selamat...take care ye :)

    ReplyDelete
  2. Bet365 Casino Site Review & Promotions - Lucky Club
    Read our in-depth Bet365 review on the site, deposit bonus offers, and other features. Claim your Bonus now! Rating: 5 · ‎Review by LuckyClub · luckyclub.live ‎Price range: ₹

    ReplyDelete