Followers

Saturday, November 5, 2011

Resepi Baby 9 bulan untuk AD.Hilman..




Alhamdulillah,,pejam celik baby hilman dah makin membesar..
Gembira dihati xterkata bila melihat depan mata sendiri anak membesar..
Semakin hari hilman semakin bijak & pandai..
Suka tengok perkembangan dia dari masa ke semasa.. Ragamnya buat hati xtertanggung rindu bila ada kerja yang terpaksa dilakukan..
Hilman anak yang dengar kata, manja macam mummy dia jugak....
Suka sangat dipeluk bila dia boring dia cari mangsa untuk diajak bergurau.. Insyallah nak bawa hilman untuk pergi berkelah & mandi-manda sebab hilman suka sangat main air...
Dia suka berendam lama-lama dalam tab mandi dia...
Kalau hilman mandi dengan daddy,, daddy suka tadah air bagi tab mandi hilman sampai penuh.. hilman suka sangat-sangat.. nnti mummy belikan pelampung untuk hilman belajar berenang plak ok....
Ok mummy nak kongsi resepi yang mummy dapat dari blog kawan mummy & dalam internet nie..
nanti kawan-kawan mummy boleh masak sedap-sedap untu baby diaorang pulak...
nurse cakap, tak elok bagi baby makan nestum atau biskut segera tu, kalau boleh elakkan anak makan makanan yang segera macam tu sebab manis. Biarlah kita yang masakkan sendiri. Maklumlah air tangan mummy yang masak, semoga diberkati makanan tu, untukpembesaran anak jugakan....



Muka seksi nak makan..

Bubur daging gebu hilman lemak manis.. Ada daging, ikan bilis, daun sup, daun bwg.

Perut kenyang hati senang..

Hamboi nie masa baby lagi dah menganga!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur Nasi

Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.




Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


Bubur Nasi dan Kurma

Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan



Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.


Sup Kobis Bunga dan Kentang

Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.


Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.



Mummy hilman suka mencuba resepi baru. Hilman pulak memang suka makan... Mummy suka tengok!!Ibu-ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehlah kita berkongsi resipi (",)

SELAMAT MENCUBA...



3 comments:

  1. tq sis...dpt idea baru nak bg bby makan...huhu anak dh boring dgn bubur nasi...

    www.mummysayf.blogspot.com

    ReplyDelete