Followers

Saturday, March 14, 2015

Manusia Elpa. Aku.


Elpa bukan sesiapa.
Ya Allah aku elpa kadang kala.
Aku mahu mengeluh letih, penat, lesu tapi aku tahu jika aku selalu leka aku akan kalah.

Aku tahu aku kuat,
Dan masih belajar memiliki hati yang lebih nurani dan baik sampai mati.
Setiap aku lakukanku niatkan keranaMu dan aku akur untuk berjuang kejalanMu.


Aku manusia biasa.

Thursday, March 12, 2015

Tulisan Aku: Aku sendiri. Hamba berdikari. Sepi.


Berdiri atas kaki sendiri.
Biar tak tinggi, asal berdikari.
Berhenti harapkan manusia punya simpati, sebab kita hidup, bawah langit Illahi...

******

Sejenak aku mencari ketelusan dalam kehidupan....

Dot.
Dot.
Dot.

Bunyi seperti rintik hujan.
Bukan.
Cuma tanda berhenti.

Dimana aku masih belum kukuh berdiri sendiri tetapi terpaksa melakukannya sendiri.
Tanpa galakkan dan sokongan yang aku perlukan.
Sendiri dan berdikari.

Berbalik pada realiti.
Berdirilah di atas kaki sendiri.
Tidak kira kaki kayu, kaki bangku ataupun alas kaki.
Bicara setiap yang diterima aku mengerti.
Tanpa sesiapa akulah aku.
Aku sendiri, berdikari.

Aku benci.
Alasan.
Walhal aku perlukan kata-kata bukan sekadar romantis, puitis bla-bla-bla..
Aku sendiri.
perlu bantu diri tanpa menyepi.

Jangan selalu berjanji.
Janjilah yang pasti aku mahu KINI, PASTI!

Motivasi dari diri sendiri berdikari,
"Uruskan diri kepada Allah,,
Baru Allah uruskan, urusan kita."


Wednesday, February 4, 2015

Fail Moment mummy bergambar bersama anak-anak..



Perkara yang biasa terjadi pada mummy semua.
Enjoy ya..
Hahahahaa.....











Anak dan Kerjaya..



Anak dan kerjaya.

Siapa kata anak menyusahkan.
Mengikut pengalaman sendiri.
Selama saya dalam bidang kecantikan kesana kemari saya angkut anak beranak dan suami sekali.

Dah terbiasa anak ikut dari perut sampai sarat balik lewat malam sampai 2 pagi seorang diri.
Jumpa customer yang minta consultation mengenai produk dan cara menjaga kulit wajah.

Job makeup tak pernah saya tolak sebab saya minat dengan warna dari kecik lagi.
Dari makeup manual sampai makeup berteknologi iaitu Airbrush Makeup.

Saya perbaharui bidang solekan dengan teknik yang terkini Airbrush Makeup lain dari yang lain dan alhamdulillah makin diterima ramai dan saya mempunyai ramai customer regular yang suka dengan teknik semburan yang lebih berkualiti, kalis air, unik, HD (High Definition) dan rasa sejuk dimuka.

Berbalik ke cerita tadi, perihal anak.
Anak-anak sampai sekarang saya bawa ke office.
Walau bussines sendiri, office sendiri saya tetap cerewet.
Pesan pada anak,, ini bukan rumah.
Tempat mummy kerja cari rezeki,,
Jaga diri, lepas main kemas barang-barang.
Anak-anak akan angguk setiap kali mummy pesan.

Bila ada kerja anak-anak tak meragam bawalah pergi job makeup berpanas anak pandai bawa diri duduk diam dengan daddy.
Sekarang dah mudah sikit mumny ada office sendiri walau tak seberapa dan ada yang kata office macam kampung ke.
Tak kisah sebab mummy usaha sendiri, nak cari rezeki yang memudahkan orang lain dan disokong oleh daddy dan anak-anak mummy.

Anak-anak suka bila mummy bagitau nak pergi office mummy.
Pernah dulu sebelum pregnant yang ke dua bawa hilman,
Dia duduk diam cuma suka usik mummy sikit-sikit.
Pernah dia pesan.
Mummy lain kali ajak hilman pergi makeup lagi ye.
Mummy senyum je..


Itu serba sedikit karenah anak-anak mummy...

Tuesday, January 20, 2015

Rahsia anak-anak.


Anak-anak kekuatan kita sebenarnya.
Sebab utama saya bawa anak kemana sahaja dan mengikut pengalaman sendiri,,
Saya gabungkan jadi tips untuk ibu diluar sana untuk dijadikan inspirasi mudah-mudahan.









-Anak punca rezeki
Pernah dalam wallet tinggal ringit je.
Sebab bawa anak orang belanja maknya makan, dapat job makeup, dapat jual produk, dapat pelajar nak belajar makeup.
Paling baik bila orang sedekah anak kita duit, semua bagi mummy.
Mummy tolong simpankan walau kekadang terguna mummy ganti balik.

-Rasa ada kekuatan dan tanggungjawab
Ini betul.
Bila ada anak depan mata kita terpaksa banyak berkorban.
Bila buat kerja semua niat kerana Allah dan anak yang dilahirkan.
Takut nak menipu orang, taknak makan hak orang dan apa pun ibu ayah diluar pun rasa apa yang saya rasa.

-Bersederhana dalam segala hal
Fikir banyak untuk anak-anak.
Langsung dah tak dapat shopping untuk diri.
Berbelanja mana yang perlu sahaja.
Menabung untuk masa depan anak.
Al-maklumlah anak dah tigakan.

-Hilang stress
Bila stress anak dengar mummy membebel.
Walau tak paham anak senyum je.
Tetiba hati sejuk je.

-Anak cermin ibu ayah.
Benda tak baik elakkan buat depan anak.
Dorang belajar dari perlakuan bukan percakapan.

-Cukup makan dan tak membazir
Bila time makan luar tak odder lebih.
Mesti sepinggan kongsi dengan anak sulong dan anak tengah.
Walau tinggal sejemput mummy pun cukup!

-Berat badan maintain
Tengok orang juga berapa banyak bagi baby susu.
Kalau kurang bagi susu badan,,
memang overlah badan mummy,,
Masa bersalin diniy badan pernah naik.

-Jam loceng
Kita tau dah masa susu, masa tidur, masa solat, masa makan.
Mula-mula kelam kelibut.
Tapi lama-lama ok.

-Peneman
Antaranya juga peneman setia mummy dari anak pertama sampai sekarang.
Kesiannya bila ada job makeup daddy pun terjebak sekali terpaksa ikut jaga anak-anak.
Now dah terbiasa,,
Mummy suka semua keluarga ada depan mata,,
Mudah-mudahan kita dapat selalu bersama keluarga,,
insyallah selamanya..

Now anak-anak mummy dah busy,,
hafiy je yang free & sudi.
Yang lain dah masuk sekolah.
Nak jadi tahfiz al-quran mudah-mudahan.

Friday, January 16, 2015

AHMAD HAFIY HAYYAN ceazer kali ke tiga..



Assalmualikum dan selamat petang kawan-kawan..
Today nak share serba sedikit berkenaan dengan pengalaman ceazer anak ketiga.
Mungkin mummy dekat luar sana pernah mengalami perkara yang sama seperti saya.
Ok sebelum tu nak story sikit kenapa anak ketiga still ceazer.

Anak first AHMAD DAIYAN HILMAN songsang dah cuba pusing sampai jantung baby lemah pun tak boleh buat apa.
Anak kedua AHMAD DINIY DANIYAL boleh normal tapi induce sebab lewat seminggu,,
Masuk ubat pagi dan tengahari dah standby laboor room.

*Makeup digital pun boleh...


Rezeki kaulah nak,,
Ada 3 orang doctor tengah praktikal,,
muda mudi hensem bukan main.
mungkin juga sebaya mummy kot. Huwahaaha sorry to say daddy..

Jam 3pm demam panas menyerang dengan tiba-tiba tak pernah jadi,,
tapi Allah nak double kasi bersih dosa-dosa kita kot.
Dia uji demam panas,,
Alhamdulillah sister & nurse dalam itu semua sporting,,
 dia tolong lapkan satu badan dan alhamdulillah ok sikit demam tadi,,
mungkin body terkezut sebab dalam tu sejuk aircond & dalam badan panas..

Lupa nak tanya normal still masuk epidural yer??..
 lupa plak nak tanya tapi kena duduk peluk bantal..
Berulang kali doctor cek jalan still tak membuka dengan hebatnyaa,,

Sampai jam 10pm perkara paling menyakitkan hati dan sempat menahan sakit dada kerana sebak bila doctor beritahu:
Puan kita terpaksa ceazer ya sebab baby dah lemas.
Tak fikir panjang kita angguk lemah sedih beb...

Itu perjalanan anak kedua dan anak ketiga  tiada pilihan kecuali di luar negara boleh normal.
Biasanya kalau dah 2 kali ceazer xkira anak keberapa pun memang kena ceazer.
Soo anak ketiga ni perjalanan dia agak mencabar dengan keadaan doctor non muslim.

Dia takada pegangan agama seperti kita tapi still respect kita sebagai patient ok.
Kalau agama kita islam kita redha, berserah, tawakal dengan qada Allah.
Diorang selagi mampu akan psiko kita untuk ikat peranakan,, eh apehell...

Ingat lagi detik masa doctor berikan consultation dengan sarat mengandung masa tu..
 dia kata risiko jika tak ikat boleh jadi rahim pecah dan pendarahan yang sangat teruk.

Ada lagi rupanya,, Dia uji aku Dia sayang aku sorang.
Diam dan angguk doctor kata its ok puan boleh bincang dulu dengan suami.
Masa tunggu dekat luar terus whatsap suami.
Doctor suruh ikat...
Suami kata dinda taknak anak lagi ke?
Jangan salahkan suami mungkin dia takde perasaan halus seperti kita wanita.

Touching masa 2 sambil lari-lari anak ke bilik air hospital,,
masuk bilik air hentak-hentakkan perut dekat dinding sampai berdarah,,
nak bunuh diri then jadi hantu,,
ok TIPU JE..
Takde pun ke bilik air tahan je air mata,,
Kiri kanan ada orang malu je nangis hahaa..

Tiba masa nak veranak kena submit sehari awal.
Punyalah ramai doctor asyik follow up kita tanya keputusan nak ikat @ tidak.
Masa 2 doctor berikan penerangan pada suami barulah dia paham dan dia kata its ok buat mana yang terbaik.
Sebelum ni dengar je kata suami ok dan tunduk lemah.
Time hari nak operation jumpa lagi doctor utk last consultation dan jumpa doctor operation sendiri.
Dia kata kalau baby girl kita ikat yer.
Malas nak layan angguk je.
Sampai katil panggil doctor lain bagitau macam mana sekalipun saya tak nak ikat.
hahaha doctor cina jadi mangsa keadaan sian dia pening kepala assistant doctor india tu.

Doctor kata takpe puan kita discuss masa operation nanti.
hahaha pun boleh.....
Masa operation sign form siap pesan pada nurse pastikan saya tak pengsan sepenuhnya.
Jangan ikat ok saya tak nak ikat.
Tak sound kerek cuma pesan slow talk je dan promotelah spa sesambil lalu hahahaha nampakkkk....

Masa ambil gas untuk astma janganlah dorang tipu aku,,
 entah-entah pengsan lepas nih ahahahah.
memang tiong kepala masa ni fikir benda tak elok sebab kita dah rasa stress gila.

 Sebelum start operation dorang sumbat tiub dekat salutair kencing,,
buh ubat bius dekat tulang belakang sempat borak-borak dengan doctor kenapa operation room sejuk sangat saya masuk sini dah 3x sejuk sangat,,
Mengigil macam dalam kutub utara,,
dahlah bogel.
Kali ni sorang je nurse lelaki itupun yang sumbatkan tiub dalam lubang tettttt nasiblah kau nak itu je kerja kau.
untung-untung ahaha....
Masa anak no 2 diniy,,
2 doctor praktikal muda belia ikut sampai operation room.
Sambung balik yer.

Masa operation kali ketiga lama gila tengok jam,,
baby tak keluar lagi...
Perut dia dok rabak kekiri kekanan sambil merengus ishkkk susahnya geramlah!
Aik ko ingat ni perut ikan terubuk ke doctor???
 Mujur tak kata gitu tak berani karang dia smack down kat perut aku mampuih....

Lastly doctor india 2 fedup calling doctor fadzillah emergency now..
OMG ko agak apa perasaan masa 2.
Doctor bius lelaki dah minta nurse standby darah tak pernah kot selama nietambah darah,,
 rupanya pendarahan ke darah kurang then doctor masukkan darah.
Sikit-sikit cek mata & cek tapak tangan.

Bila doctor fadzilah datang dia ajar nak cut macam mana then settle baru dengar baby menguak-guak.
Alhamdulillah,, ingatkan boleh lega.
bolehlah lega sekejap...
Lepas dapat cium baby boy mummy doc india nak jahit plak tapi dia ada bagitau puan kita  tak ikat ya ok dalam hati alhamdulillah sangat-sangat!!
Tapi sakit ya amat sampai sesak ke dada macam kena tindih.
Masa ni baru terasa sakit!

Bila tanya doctor dia kata tengah ikat memang sakit & senak sikit.


Allah perkenankan doa hambanya taknaklah ikat awal nak baby lagi.
Kalau nak cerita panjang sangat sampai tahun depan tak habis nih.
Kira habis sini jela loncatlah yer,,
 nama anak ketiga AHMAD HAFIY HAYYAN lahir 2.7kg cukup sebulan 4.6kg.





Kuat menyusu si hafiy ni dan semua anak-anak alhamdulillah dapat fully breastfeed sepenuhnya tanpa susu formula.
Mudah-nudahan hafiy pun dapat menyusu sampai 2 tahun ye nak....




Thursday, March 27, 2014

Petua elak loya mabuk semasa mengandung.


Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3. Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Petua yang ini dititipkan oleh sahabat di SiM. Sediakan biskut kering (plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh mengurangkan mabuk atau loya. 

Petua tradisional juga boleh diguna pakai:

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... petua ini daripada adik saya sendiri, isterinya langsung tidak mengalami mabuk mengandung!