Followers

Thursday, December 26, 2013

Nukilan FULL TIME mummy..





Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.
Dengan kimpah kurnianya dapat lagi kita berdiri.
Menyadari diri ini hanya pinjaman amatlah memalukan jika kita tidak dapat melakukan perkara-perkara yang bermanfaat & amatlah terkilan jika ianya hanya berlaku sekali.

Lama agaknya aku tak mengadakan bengkel kecantikan menyebabkan ada sedikit rasa gementar.
Walaupun alhamdulillah masih ada rezeki melimpah ruah dapat menikmati nikmatmu Ya Allah.
Makan nasi seperti biasa menggunakan tangan serta menghirup udara segar yang indah dan damai.

Sekarang aku lebih fokus melakukan kerja-kerja suri rumah sepenuh masa misi utama adalah menjaga & mendidik mereka.
Bukanlah sibuk mahu jadi isteri harapan & kebanggaan suami wahhh.
Cuma niat perlu diperbaiki lagi menjadi yang lebih baik insyallah..
Lagipun suami sendiri menyatakan hasratnya ingin aku menjaga anak-anak sendiri.
Jika bersebab apa salahnya walaupun cita-cita terpaksa jatuh ditempat kedua.
Aku rasa aku perlu mendidik anak-anak selagi masih berkemampuan.

Aku risau & takut jika aku sibuk mengejar dunia dan wang ringgit semata aku leka dengan amanah Allah yang 1 iaitu tanggunjawabku kepada anak-anak.
Aku seperti dihantuk bahawa si kecil perlukan ibu @ ayah.
Bila mana aku sibuk ke sana ke mari tiba malam aku mungkin keletihan & mungkin juga akan memarahi mereka.
Kita pula suami isteri mungkin akan bermasam muka @ bertengkar kerana masing-masing keletihan.
Aku tidak mahu leka.
Mereka anak-anak yang diamanahkan olehNya.
Percayalah rezeki Allah yang maha luas ada dimana sahaja tapi kita perlu tahu caranya.

Aku amat tersentuh jika tidak dapat merasa membesarkan anak-anak didepan mata.
Dari anak pertamaku AHMAD DAIYAN HILMAN sekarang berusia 3 tahun sudah petah bila berkata-kata.
Aku menjaganya menyusukan dia sepenuhnya sehingga 2 tahun & aku disahkan hamil untuk kali kedua putera keduaku AHMAD DINIY DANIYAL 1 tahun usianya.
Beliau masih mendapatkan sepenuhnya BF, mudah-mudahan sehingga 2 tahun juga.

Saat paling berharga semasa aku menjaga si abang dari lahirnya seakan-akan merah udang, kepala botak persis YB di hulu sana.
Makin hari makin membesar,,
dari meniarap, merangkak, bertatih & bercakap semuanya di depan mataku.
Syukur Ya Allah nikmat menjadi seorang ibu diusia muda.
Kini usiaku 24 sudah mempunyai 2 cahaya mata yang lincah & bijak.
Aku memahami ibu-ibu diluar sana mungkin cemburu dan mahu menjadi ibu sepenuh masa untuk anak-anak mereka juga.
Tetapi kekangan hidup untuk menyara mereka terpaksa pasrah.

Oh walaupun aku tidaklah punya apa-apa pun latar belakang pendidikan yang tinggi.
Jika dibandingkan pendapatan aku jika makan gaji dengan kerjaku sehari adalah sama sekarang.
Rezeki Allah kan..
Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka.
Aku memilih jalan bahagia bersama keluarga.
Hasil juga tidaklah tetap jika Allah berikan,,
jika lebih alhamdulillah syukur.
Cuma sekarang aku fokus dulu apa-apa dirumah.
Semuanya atas talian mudah & jimat masa.
Jika ada tempahan solekan aku cuba terima jika masa & kosnya berbaloi.

Ayah pula hanyalah pemandu lori trealer.
Aku tidak malu mengaku kerana tanpa ayah tiadalah jadi aku di dunia juga umie yang telah banyak mendidikku sehingga menjadi insan yang berjaya alhamdulillah.
Kepada suami yang banyak memberikan moral support dengan apa yang aku minat & lakukan selama ini,, terima kasih abang..
Tanpa dia takkan menjadi apapun mungkin
Selepas ibu ayah adalah suami untuk yang sudah berumah tangga.




Percayalah redha suami & rezeki Allah kerana dia sudah menjanjikan 9 dari 10 rezeki dari perniagaan.
Insyallah dan barakallah...
sekian :)

Thursday, December 5, 2013

CHICKEN WRAP paling simple + mudah!!










*Ehsan google sebiji macam nie CHICKEN WRAP HOME MADE makjah..
sekian selamat mencuba!



BAHAN-BAHAN: 

-mission Wrap original recommend baik punya 
-dada ayam biarkan berketul-ketul saiz asal lepas siap grill baru potong lagi sedap sebab basah & terasa jus manis dari dada ayam (diperasakan dengan lada hitam, soa tiram dan garam)
-lettuce/salad ikut suke lah nak guna jenis mana
-tomato potong dadu
-bawang besar holland potong dadu
-madu 1 sudu, mix herbs, serbuk paprika (optional)
-planta/ butter
-mozerella cheesedar (jika ada budjet lebih)
-sos cili/sos blackpepper/ mayonis, lada sulah & beberapa titik italian dressing (cuka masakan+ daun bawang)








CARA PENYEDIAAN: 

1-panaskan planta & sesudu kecil butter, (sebelum itu perasakan ayam dengan garam, kunyit, soso tiram & sos bbq)
2-panaskan non stick kuali dan panaskan kejap tortilla utk mudahkan menggulung.
3-ambil sekeping tortilla letak atas pinggan leper, semasa susunkan bahan letak kuantiti yang sikit & menegak seperti dalam gambar nanti susah nak gulung sebab gemuk.
4-lettuce/salad,dada ayam yang dihiris, tomato, bawang besar & mozerella cheese taburkan kemudian ..
5- letak sos cili/mayo dan (sos lada hitam* jika berminat)
6-kemudian gulungkan dan tekapkan diatas kuali bagi melekat & cheese cair.

Bila makan sorang 2 roll pun boleh...

aku buatkan untuk suami aku & anak teruna yang sulong memang kena dengan selera kami.
Soo dipendekkan cerita laki aku pesan siap-siap sebelum tidur malam tu,,  minta buatkan untuk breakfast.
dia teringat-ingat kata kaulah..entah betul entah tidak ye,, hehehehe..

Petang-petang [un layan je makan chicken wrap terbaik dari ladang.
soo lepas nie xde la singgah subway ke mcd ke,,
KATAKAN TIDAK pada MSG bahan perasa melampau.

oklah sekian berita~