Followers

Friday, January 16, 2015

AHMAD HAFIY HAYYAN ceazer kali ke tiga..



Assalmualikum dan selamat petang kawan-kawan..
Today nak share serba sedikit berkenaan dengan pengalaman ceazer anak ketiga.
Mungkin mummy dekat luar sana pernah mengalami perkara yang sama seperti saya.
Ok sebelum tu nak story sikit kenapa anak ketiga still ceazer.

Anak first AHMAD DAIYAN HILMAN songsang dah cuba pusing sampai jantung baby lemah pun tak boleh buat apa.
Anak kedua AHMAD DINIY DANIYAL boleh normal tapi induce sebab lewat seminggu,,
Masuk ubat pagi dan tengahari dah standby laboor room.

*Makeup digital pun boleh...


Rezeki kaulah nak,,
Ada 3 orang doctor tengah praktikal,,
muda mudi hensem bukan main.
mungkin juga sebaya mummy kot. Huwahaaha sorry to say daddy..

Jam 3pm demam panas menyerang dengan tiba-tiba tak pernah jadi,,
tapi Allah nak double kasi bersih dosa-dosa kita kot.
Dia uji demam panas,,
Alhamdulillah sister & nurse dalam itu semua sporting,,
 dia tolong lapkan satu badan dan alhamdulillah ok sikit demam tadi,,
mungkin body terkezut sebab dalam tu sejuk aircond & dalam badan panas..

Lupa nak tanya normal still masuk epidural yer??..
 lupa plak nak tanya tapi kena duduk peluk bantal..
Berulang kali doctor cek jalan still tak membuka dengan hebatnyaa,,

Sampai jam 10pm perkara paling menyakitkan hati dan sempat menahan sakit dada kerana sebak bila doctor beritahu:
Puan kita terpaksa ceazer ya sebab baby dah lemas.
Tak fikir panjang kita angguk lemah sedih beb...

Itu perjalanan anak kedua dan anak ketiga  tiada pilihan kecuali di luar negara boleh normal.
Biasanya kalau dah 2 kali ceazer xkira anak keberapa pun memang kena ceazer.
Soo anak ketiga ni perjalanan dia agak mencabar dengan keadaan doctor non muslim.

Dia takada pegangan agama seperti kita tapi still respect kita sebagai patient ok.
Kalau agama kita islam kita redha, berserah, tawakal dengan qada Allah.
Diorang selagi mampu akan psiko kita untuk ikat peranakan,, eh apehell...

Ingat lagi detik masa doctor berikan consultation dengan sarat mengandung masa tu..
 dia kata risiko jika tak ikat boleh jadi rahim pecah dan pendarahan yang sangat teruk.

Ada lagi rupanya,, Dia uji aku Dia sayang aku sorang.
Diam dan angguk doctor kata its ok puan boleh bincang dulu dengan suami.
Masa tunggu dekat luar terus whatsap suami.
Doctor suruh ikat...
Suami kata dinda taknak anak lagi ke?
Jangan salahkan suami mungkin dia takde perasaan halus seperti kita wanita.

Touching masa 2 sambil lari-lari anak ke bilik air hospital,,
masuk bilik air hentak-hentakkan perut dekat dinding sampai berdarah,,
nak bunuh diri then jadi hantu,,
ok TIPU JE..
Takde pun ke bilik air tahan je air mata,,
Kiri kanan ada orang malu je nangis hahaa..

Tiba masa nak veranak kena submit sehari awal.
Punyalah ramai doctor asyik follow up kita tanya keputusan nak ikat @ tidak.
Masa 2 doctor berikan penerangan pada suami barulah dia paham dan dia kata its ok buat mana yang terbaik.
Sebelum ni dengar je kata suami ok dan tunduk lemah.
Time hari nak operation jumpa lagi doctor utk last consultation dan jumpa doctor operation sendiri.
Dia kata kalau baby girl kita ikat yer.
Malas nak layan angguk je.
Sampai katil panggil doctor lain bagitau macam mana sekalipun saya tak nak ikat.
hahaha doctor cina jadi mangsa keadaan sian dia pening kepala assistant doctor india tu.

Doctor kata takpe puan kita discuss masa operation nanti.
hahaha pun boleh.....
Masa operation sign form siap pesan pada nurse pastikan saya tak pengsan sepenuhnya.
Jangan ikat ok saya tak nak ikat.
Tak sound kerek cuma pesan slow talk je dan promotelah spa sesambil lalu hahahaha nampakkkk....

Masa ambil gas untuk astma janganlah dorang tipu aku,,
 entah-entah pengsan lepas nih ahahahah.
memang tiong kepala masa ni fikir benda tak elok sebab kita dah rasa stress gila.

 Sebelum start operation dorang sumbat tiub dekat salutair kencing,,
buh ubat bius dekat tulang belakang sempat borak-borak dengan doctor kenapa operation room sejuk sangat saya masuk sini dah 3x sejuk sangat,,
Mengigil macam dalam kutub utara,,
dahlah bogel.
Kali ni sorang je nurse lelaki itupun yang sumbatkan tiub dalam lubang tettttt nasiblah kau nak itu je kerja kau.
untung-untung ahaha....
Masa anak no 2 diniy,,
2 doctor praktikal muda belia ikut sampai operation room.
Sambung balik yer.

Masa operation kali ketiga lama gila tengok jam,,
baby tak keluar lagi...
Perut dia dok rabak kekiri kekanan sambil merengus ishkkk susahnya geramlah!
Aik ko ingat ni perut ikan terubuk ke doctor???
 Mujur tak kata gitu tak berani karang dia smack down kat perut aku mampuih....

Lastly doctor india 2 fedup calling doctor fadzillah emergency now..
OMG ko agak apa perasaan masa 2.
Doctor bius lelaki dah minta nurse standby darah tak pernah kot selama nietambah darah,,
 rupanya pendarahan ke darah kurang then doctor masukkan darah.
Sikit-sikit cek mata & cek tapak tangan.

Bila doctor fadzilah datang dia ajar nak cut macam mana then settle baru dengar baby menguak-guak.
Alhamdulillah,, ingatkan boleh lega.
bolehlah lega sekejap...
Lepas dapat cium baby boy mummy doc india nak jahit plak tapi dia ada bagitau puan kita  tak ikat ya ok dalam hati alhamdulillah sangat-sangat!!
Tapi sakit ya amat sampai sesak ke dada macam kena tindih.
Masa ni baru terasa sakit!

Bila tanya doctor dia kata tengah ikat memang sakit & senak sikit.


Allah perkenankan doa hambanya taknaklah ikat awal nak baby lagi.
Kalau nak cerita panjang sangat sampai tahun depan tak habis nih.
Kira habis sini jela loncatlah yer,,
 nama anak ketiga AHMAD HAFIY HAYYAN lahir 2.7kg cukup sebulan 4.6kg.





Kuat menyusu si hafiy ni dan semua anak-anak alhamdulillah dapat fully breastfeed sepenuhnya tanpa susu formula.
Mudah-nudahan hafiy pun dapat menyusu sampai 2 tahun ye nak....




No comments:

Post a Comment