Followers

Friday, June 8, 2012

Perubahan Emosi Ketika Hamil..






      >Keadaan wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada sama ada dia mengkehendaki atau tidak kehamilannya itu.
      Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.
      Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.

      >Perubahan sikap adalah perkara BIASA dialami oleh wanita mengandung. Ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh.
      Pada satu ketika, seorang wanita itu mungkin gembira, tenang dan bahagia.
      Namun, pada masa yang sama, dia mungkin juga akan bersedih dan mengalami tekanan perasaan tanpa diketahui puncanya. 

      >Ramai wanita hamil mungkin terkejut dengan perubahan diri mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan seks dengan suaminya.Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung melakukan hubungan seks.
      Keadaan ini mungkin mengelirukan suami. Perubahan perasaan ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut. Oleh itu, dia perlu memberitahu suaminya apa yang sedang berlaku supaya dapat mengelakkan salah faham dan perselisihan.

      >Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung, terutamanya ketika hampir bersalin, bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi ini sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada bayi dalam kandungan.
      Seorang wanita yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama sekali berkaitan dengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan rupa anak yang bakal dilahirkan. Ini merupakan perkara normal. 

      >Setiap kehamilan memerlukan pasangan suami-isteri melakukan beberapa penyesuaian di dalam kehidupan serta perhubungan mereka. Terutama sekali jika anak yang dilahirkan itu adalah anak pertama.
      Ini kerana, kelahiran bayi akan mengubah corak hidup mereka yang selama ini lebih privasi (honeymoon).
      Perubahan ini bukan seharusnya dihadapi oleh wanita seorang sahaja TETAPI suamipun mesti memainkan peranan penting dalam menghadapinya.
 

No comments:

Post a Comment