Followers

Tuesday, December 18, 2012

Untuk kali keduanya aku pasrah!!!


Assalamualaikum pada semua ibu-ibu diluar sana...
Lama ku pendam baru hari ini dapat ku titipkan kisah kelahiran anaknda yang ke dua,,
 AHMAD DINIY DANIYAL yang sekarang ini sudah menjangkau usia 3 bulan.
Syukur kehadrat ilahi kerana menganugerahkan kepada aku & keluarga seorang cahaya mata lelaki yang sihat.

Dalam pantang..

 Setelah aku disahkan hamil buat kali ke dua kerana 'kemalangan',
kami sekeluarga berbunga-bunga gembira & sudah semestinya akulah insan yang paling bertuah kerana diberikan rezeki yang tiada nilainya.
Apabila kandunganku mencecah 5 bulan aku masih lagi mabuk & tidak terdaya melakukan tugasan seperti biasa. Semasa kandungan yang pertama aku hanya alahan sehingga 3 bulan sahaja tetapi DIA mengujiku & aku pasrah. Sehingga 1 tahap aku ditahan kedalam wad kerana keadaanku yang agak lemah & tidak terdaya.
Alhamdulillah syukur kerana aku sudah kembali normal seperti biasa sehingga kandungan cukup 9 bulan.
Kali ini DIA mengujiku lagi, tarikh jangkaan doktor masih tiada tanda-tanda bayi mahu keluar.
Aku juga masih aktif ke sana ke mari melakukan aktiviti bukan seperti biasa.
Aku lebih berminat memberikan perkhidmatan solekan kepada semua pelangganku.
Sebenarnya aku mem'busy'kan diri untuk mengelakkan rasa takut & marah kerana tidak sabar menunggu kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Walau kandungan sudah lewat 7 hari dari tarikh jangkaan doktor & bayi juga telah cukup umur di dalam kandungan tetapi aku tidak ada tanda-tanda mahu melahirkan bayiku.





Perasaan menjadi agak tegang,, aku gagahi jua ke klinik walau dalam tempoh seminggu aku telah ke hospital sebanyak 3 kali tapi mereka juga berkata tiada bukaan lagi. Pada 1 malam aku telah bersiap untuk pergi jemputan open house dari kenalan butik iaitu puan mona hajaba, luv stalista & leesa formula.
tetaoi aku singgah sebentar di kllinik berdekatan untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk 'melihat jalan'.
Doctor memberitahu bukaan jalan adalah 2cm & air ketuban sedikit kurang & atas nasihatnya aku dimasukkan wad segera.

Dalam rekod temujanji aku memang akan dimasukkan ubat paksa kerana kelewatan tarikh asal bersalin.
Masih ingat lagi pada malam sebelum bersalin masih berselera makan bihun, bihun & bihun.
Pagi subuh selepas solat nurse memanggil aku & the gang untuk sesi memasukkan ubat paksa.
oh nampaknya aku berlagak cool & kakak-kakak disitu juga makcik seorang tu dah seram sejuk dari pergerakan tangan & mimik muka.
Ok aku adalah orang ke dua kononya bagi yang tua jalan dulu aku boleh masuk last sekali,,
tetapi alangkah baik hatinya kakak-kakak disitu menyuruh aku masuk pula.
Soo seperti biasa sama seperti 'ukur jalan',,
doctor perempuan india & seorang doctor lelaki melayu juga oh hensem.
(mujur tak toleh belakang,, TIPU! HAHAHAA)

Dipendekkan cerita masa doctor sudah meletakkan ubat paksa di 'DALAM'..
Dia dengan baik hati memberitahu,,
PUAN,, SAYA NAK TOLONG PUAN YA BUKA JALAN.....
Ayat yang sungguh tak boleh blah..
Tiba-tiba masa dia tengah 'menolong BUKA JALAN' air ketuban pecah & lebih kurang gini ayatnya..
OPSS,, AIR KETUBAN PECAHLAH.........
doctor lelaki tadi tengok & nak tau apa doctor perempuan tu cakap..
PUAN DAH SIAP BOLEH PERGI KATIL,,
INGAT YE JANGAN KENCING JANGAN BERAK 1 JAM DARI SEKARANG..
.
Oklah saya ikutkan apa nasihat dia,, tapi dia panggil tak sampai pun lepas pintu bilik tadi..
PUAN TOLONG BARING,, 
KITA NAK KELUARKAN UBAT TADI NAK BAGI SEPARUH JEE...
Wakaka,,
 rasa nak bagi apa dekat doctor 2 u olls??
Boleh ye macam tu...
Dah masuk,, keluarkan semula. AMBOI!


Masih panjang ini cerita,, nak diringkaskan tengahari aku dah rasa nikmat orang nak bersalin.
konstraksi datang kerap..
Nak tau macam mana rasa nikmat bersalin??
ADOI,, macam gigit semut je. TIPU!
Sakit wooooo bagi air segala air, jampi suami pun tak jalan.
Sampai menangis-nangis merayu-rayu nak ubat tahan sakit nurse jawab kejap ya puan tunggu doctor ada dekat belakang.
*Kejap dia 5 kali minta baru doktor sampai,,
mujur tengah sakit..
 kalau tak dah tanya doktor buat apa lama sangat kat belakang,, sembelit ke??
Cuba bayangkan doctor 3 orang dia round dari belakang yang katil; kita dekat tengah ntah macam mana katil yang paling lastkan kan kan...
Nyesal tak hamik first class sebab sibuk nak ramai kawan-kawan & takut pun ada. sensorang.
Penangan nak rasa sakit lain kali jangan sibuk cakap nak rasa,,
hamik kau baru sikit ALLAH bagi rasa..
cakaplah permudahkan aku bersalin @ nak rasa sakit kejap je lepas rasa sakit cukup dah... 
heheh itu kalau boleh...



Lepas menangis teresak-esak keseorangan kesakitan makcik yang sapu sampah pun dah tuli kot,,
ada sorang kakak nie mungkin nak bersalin anak pertama.
dia meraung-raung kesakitan sampaikan makcik sapu sampah pun dia panggil minta tolong merintih.
makcik 2 letak penyapu & cakap pada dia kesiaaannnn sabar ya..
aku sakit-sakit jugak,, tapi masih waras berfikir..
 kakak nie mesti tak sempat fikir yang dia merayu-rayu 2,, makcik sapu sampah.
Tengahari tu datang 2 orang nurse nak masukkan dah ke dalam laboor room.
tapi time 2 nak kencing nurse cakap kencing je dekat kain,,
eheh bestnya kencing dekat kain,, lepas 2 tak ada orang marah siap suruh lagi hahahaa..
Masuk laboor room dok lepak dengan nurse siap borak-borak eh puan beauty consultant ye & macam-macam sampai boleh demam dalam laboor room menunggu jalan terbuka,,
Banyak tidur dalam 2 & rasa sangat letih sebab aku gatal minta epidural soo kontraksi tak terasa sakit yang maha hebat cuma rasa baby mengeras syukur nikmat & kemudahan yang lebih memudahkan ibu-ibu zaman sekarang.
Hahahaa nurse siap tanya haaaa tak sakitkan sekarang puan..
aku lemah & mengantuk.juga rasa sejuk 1 badan kerana tidur tak berselimut,,
 bila bangun cek suhu badan panas mendadak nurse dekat dalam laboor room risau & ada sorang nurse tolong lapkan 1 badan.
nurse ada 5 & orang doktor pelatih ada 8,,
ada 2 orang muda ntah-ntah sebaya kita nasiblah badan,,
mujur tak tau facebook kalau tak habis la mak jemah kau.....
Sambung lagi... nurse bagitau..
Puan harinie special sebab dapat layanan first class..
dalam hati alhamdulillah sekurang-kurangnya kita rasa sangat dihargai walau tidak mengenali antara satu sama lain & aku doakan kesejahteraan mereka sekeluarga amin..
dari tengahari sampai jam dah menunjukkan 10 malam..
pintu hanya terbuka 5cm..
oh dapat berita sedih bila dapat panggilan kecemasan untuk melakukan pembedahan bukan secara normal.
Doctor risau bayi lemas,,
umie & abang fikir aku dah selamat rupannya mereka pun terperanjat kerana berita aku terpaksa di masukkan ke dalam operation room emergency case,,
mereka menunggu & memanjatkan doa..



Aku masih bertahan pada masa itu aku tahu bila aku menyerah diri dalam keadaan sedih bayiku juga akan rasa perkara yang sama....
Suasana dalam operation room tak sama seperti dahulu.
semasa hilman doctor bius muda & ada nurse lelaki seorang,,
tapi kali ini doctor bius dah tua dikittt & nurse lelaki 2 orang & doctor pelatih muda belia follow masuk operation room keduanya lelaki,,
ngada tau!
Teruja bila saatnya sudah tiba bila 2 orang doctor mengeledah perutku.
Sempat beritahu nurse kali nie jahit molek sikit tau yang sebelum nie tak lawo,, 
diaorang kata pasti molek!
walaupun bukan itu kerja diorangkan...
Nak sedapkan hati punya pasal...

Alhamdulillah bila segalanya berjalan dengan lancar...
Nurse bagi cium masa 2 aku sangat blur sebab nurse pergi letak muka diniy depan bebenor so muka sangat tak clear & aku masih dalam keadaan lemah.
Diniy dah selamat ditahan ke dalam nursery untuk pemantauan doctor kata nak bagi antibiotik..
Lepas berejam dalam laboor room si ibu pun dalam pemantauan doctor nak bagi stabil kononnya..
Kita tak sabar nak tengok anak sebenarnya & masih tidak dapat melihat si kecilku.
Oh tuhan masa itu aku sungguh sedih, sedih & sedih.
Tiada perkara lain terlintas dikepalaku cuma anakku.
Nurse boleh amikkan anak saya?/
Tak boleh puan sebab anak puan masih ditahan didalam wad.
Boleh saya susukan anak saya??
Boleh tapi kita cabut ubat puan ya..esok janji dia..
*Ubat yang dimaksudkan bila terasa sakit just picit guna mesin..





2 hari jugalah aku tidak dapat melihat anakku sendiri.
itupun menharapkan suami untuk tolak aku ke wad diniy untuk melepaskan rinduku pada anakku...
Betapa runtuhnya jiwa seorang ibu yang kuat & tidak dapat menahan kesedihan itu.
Bila melihat sikecil juga dicucuk seperti kita..
 memasukkan jarum ke dalam urat utk kemudahan doctor memasukkan ubat.
Biarlah mummy tanggung sakitnya..
tangan mummy dah berlubang-lubang semua urat dah kena tebuk doctor pun pening nak cucuk dekat mana semua bocor.. hahahaa..


Emosi aku terganggu bila waktu melawat tiada anak disisi,,
masing-masing memeluk erat anak & aku ingin sekali menyusukan anak kecilku..
Susu membengkak,, jelas sekali si kecil perlukan aku untuk terus sihat & merasakan belaian dari ibunya disisi..
aku gagahi untuk menyusukan anakku dengan bantuan suami.
aku selalu bisikkan di telinga diniy,,
cepat-cepat sembuh jadi anak yang kuat nanti boleh keluar wad tau sayang.......

5 hari aku ditahan selepas keluar diniy pula ditahan sekali lagi kerana kuning & semalaman aku memujuk hatiku.
Bersyukur walau masih ditahan tetapi aku dapat memberikan kasih sayangku kepada si kecil....
Gembira tidak terkata bila dapat memeluk si kecil...




Lena membuai mimpi anak bujang..

Untuk kali ke dua aku pasrah walau dalam hati hanya DIA yang tahu,, SEDIH~
Aku teringin sekali mahu melahirkan bayiku secara normal,,
 mungkin Allah lebih tahu KENAPA & semuanya sudah tertulis....
Aku bersyukur kerana bayiku sihat sejahtera..

TERIMA KASIH YA ALLAH..


 Baru keluar wad..




 2bulan..


2 comments:

  1. rase kelakar, teruja n sangat2 takut bile bace entry akak ni.. yaya ni pon ngah ngandung sekarang ni.. bulan 3 taun dpan baru due... doakan yaya selamat melahirkan ye..=]

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lain oranh lain feel dia..
      its ok doa banyak-banyak insyallah semuanya ok...
      yg penting sebagai ibu kita perlu positif.. :)

      Delete