Followers

Sunday, January 19, 2014

Manusia ini sama..









Alhamdulillah syukur menu terbaik untuk cuti ini sardin tin terbaik dari MR HUBBY..
Lauk dah habis sardin pun jadi..
Telur rebus bubuh kicap tambahkan cili padi cubalah mesti ketagih makan tak renti-renti..

Percayalah menu hujung bulan yang seperti ini kerap dijamah 1 ketika dulu.
Mungkin duti gaji ayah dah nak habis.
Apa taknya umie kena budjet cukup-cukup belanja barang dapur untuk hujung bulan & belanja sekolah kami.
Tapi aku tak kisah mana [pun yang penting ada makanan yang dapat alas untuk perutku setiap hari.
Kadang-kadang menu ikan bilis goreng campurkan bawang merah besar beserta cili padi dah cukup sedap makan bersama nasi putih panas-panas.
Ada juga menu hujung bulan seperti selalu bawang, ikan bilis digoreng garing serta cili padi ditambah dengan telur dan kicap manis sudah cukup sedap untuk kami.
Terliur bila lapar inilah menu ringkas yang kita panggil menu hujung bulan.
Ayah cuma pemandu lori umie suri rumah sepenuh masa sambil mengajar ngaji punca pendapatan yang tak tetap untuk kami.
Harapkan aku bekerja makan gaji cuma 700 sebulan & 300 setiap bulan aku berikan kepada umie.
Baki itulah aku guna untuk belanja diri sendiri, makan minum setiap hari ke tempat kerja kadang-kadang tak cukup siap pinjam lagi dengan umie.
Hahaha kenangan lama menggamit memori.

Budak-budak sekarang mungkin bosan @ banyak songehnya tentang menu mak kita.
Mungkin kata dia asyik menu yang sama padahal mereka tak paham serta tak tahu duit belanja hanya mampu membeli lauk yang sama.
Aku tahu ramai yang pernah rasa seperti ini bila hujung bulan hanya cukup-cukup sahaja.
Hikmahnya masih ada bila kita masih merasa menu-menu murah seperti ini kita masih seperti dahulu tidak sombong walaupun diluar banyak lagi menu-menu mewah belum lagi di atas kapal mewah 5 bintang bukan..
Percayalah siapa kita perlu sombong untuk tidak merasa menu seperti ini.
Inilah menu dari ibu ayah kita yang sibuk membesarkan kita.

Jangan sombong!
manusia boleh berubah kerana 1 sahaja kelebihan diri,, 
oh.... terus tidak pandang siapa dia yang sebenanrnya.
Kasihan bukan masih ada manusia seperti ini realitinya......
Sebagai manusia biasa jangan sesekali pandang dari luaran serta pangkat mungkin.

Pernah aku hadiri beberapa majlis besar @ berhadapan dengan orang-orang besar,
Aku akui agak kekok kerana level mereka dengan aku yang biasa ini.
Ada juga yang belagak dengan kekayaan serta berkira-kira padahal sehari event boleh mendapat sehingga 100k.
Ada juga yang selalu minta sponser walhal mampu makan ditempat-tempat mewah.
Mungkin takde cash hehehe..

Aku hanya buat beberapa perkara yang aku rasa patut jika ianya berbaloi dengan masa memandangkan aku masih ada anak kecil.
Mereka juga manusia biasa tetapi mereka sangat baik & memahami sebenarnya.
Percayalah jika sesuatu perkara kita bantu tanpa berkira insyallah kita dibalas dengan sesuatu yang baik dari DIA.
Tiada siapa memahami keadaan diri kita,,
 masing-masing membawa diri serta hala tujukan.
Biarkan Allah yang membalas setiap apa yang terjadi itu.

Tak berani nak berlebihan tetapi aku masih waras & belajar untuk mematangkan diri bila bersama golongan itu.
Jujur itu penting tetapi ada beberapa perkara yang menjadikannya sebagai 1 cabaran adalah aku masih belajar.
Bila aku masih belajar aku cuba terima sebaik mungkin apa yang datang dengan hati terbuka & sentiasa berbincang dengan suami iaitu teman baik aku.
Jangan mudah ditindas serta ditipu.
Suami adalah pendorong aku teman baik walau dimana,,
 terima kasih cik abang..

Lastly cuba memahami serta hormati dengan sesiapa sahaja jangan cepat melatah dengan pandangan pertama.
Walaupun pada mulanya topik berkisar tentang makan tapi yang penting perkongsian ini jadikannya positif feedback.

Tak semestinya orang kaya itu kaya dia juga manusia & berhutang,,
tak juga nak kata nampak seperti miskin tapi dia papa kedana tapi ASB dia amboi....

hehehe nie cuma kiasan sahaja anggap apa-apapun sebagai perkongsian.
TERIMA KASIH.. :)




No comments:

Post a Comment