Followers

Saturday, November 5, 2011

DYA ROMANTIKA*




Entri nie tak ada la istimewa sangat tapi ok la untuk berkongsi serba sedikit mengenai dya mana yang berminatlah nak taukan..
ada yang pernah bertanya dan anda juga mungkin tertanya-tanya kenapa 'dya romantika'..
ada makna ke?? ada,, jangan risau...


Pada mulaya memang tak terfikir langsung nak jadikan nama dya romantika sebagai label kepada syarikat dan penampilan saya. Sampaikan syarikat saya sendiri saya letak nama dya romantika resources. Hubby pernah bagi cadangan pada mulanya letak aje lee nama Hidayah Resources ke, Nurhidayah Resources ke. Dalam hati eleh tak cool la nama macam tu.. tapi sebab dengar kata suami la ikut kata dia pilihan ketiga letak pilihan asal saya 'Dya Romantika Resources'. Pilihan ketiga dapat... sorry to say daddy mummy is cool bukan daddy cool lagi hokeh~~ kuihh3!

Berbalik pada zaman lampau~~~~~~~
Nama sebenar saya mana yang belum tahu adalah NURHIDAYAH ASH'ARI-Cahaya Petunjuk.
dya mungkin sebutan pada asalnya dayah atau daia pilihan anda terpulang.
Panggian dya sebenarnya adalah 'dhiya-cahaya, sinar',,
panggilan big bos di company lama tempat saya bekerja dahulu di AmInssurans Bukit Raja.

Panggilan nama lain seperti yaya, komeng wakaka nih sebab kecik-kecik botak rilex je...
cuba buat nama company sure femes macam Fatin Liyana Beauty ke ok la jugak!..
Nie idok 'Komeng Resources' tipu orang mesti maki sebab tak percaya buat beauty services padan muke tak laku.. :P

Dari mana datangnya Romantika asalnya dari friendster lama saya (time bercinta dulu-dulu).
Mungkin kawan lama saya tahu mungkin juga tak perasan.
Pada asalnya juga Romantika bagi saya hanya pada sedap bunyi kerana menjiwai diri saya yang manja.
Rupanya saya adalah seorang wanita romantik dan dramatik.
lain-lain maksud:-

ROMANTIKA

R-Ramah

O-Oportunis

M-Mesra

A-Amanah

N-Naif

T-Tulus

I-Ikhlas

K-Komited

A-Alim

Patutlah masuk dengan jiwa saya hingga sekarang...
Tenang je dengarkan.. :P

Mungkin penampilan saya agak matang dan dewasa,,
Kita juga perlu sesuaikan diri kita dengan orang sekeliling bersesuaian dengan kerjaya kita bukan??
Kalau tak macam mana saya boleh berhadapan dengan pelanggan saya dari berlatar belakangkan pelbagai jawatan dan mempercayai saya kerana penampilan yang kita bawa adalah apa yang kita sampaikan untuk mereka sebenarnya.
Tetapi jangan salah sangka itu hanya nama panggilan sahaja saya tetap NURHIDAYAH ASH'ARI yang gila-gila dan nakal sikit kata hubby.
Belum tanya umie dan ayah sure diaorang kata saya tak waras dan tak matang.
Ok saya pandai bawa diri tak kira dimana. Saya boleh jadi budak kecil, saya boleh jadi remaja, belia dan dewasa. Saya juga seperti orang biasa masih ada kawan-kawan, keluarga dan anak saya Hilman Nandos.. ;P




**Jadi diri sendiri dan jaga diri itu penting untuk masa depan kita.
pesanan khidmat masyarakat dari saya boleh.. ;)





No comments:

Post a Comment